KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR ASAS JUGA TERSEDIA..

by 10:46 0 comments
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA BUKIT CHANGGANG



Sekolah merupakan salah satu faktor yang menjadi keutamaan kepada setiap orang terutama bagi golongan ibubapa yang ingin melakukan penghijrahan ditempat baru. Di Kampung Bukit Changgang ini, terdapat sekolah rendah kebangsaan yang merupakan sekolah yang telah lama terbina, sekolah kampung ini juga tersedia dalam persekitaran yang selamat dan lengkap. selain itu, setiap infrastruktur yang ada juga menepati spesifikasi dan masih lagi baru sebagai contoh kantin, bangunan makmal dan sebagainya. Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada jam 0730 pagi sehingga 1305 dari isnin hingga khamis bagi sesi pagi dan pada hari jumaat 0730 pagi hingga 1150 pagi. Manakala, bagi sesi petang pula ialah 1320 petang sehingga 1830 petang isnin hingga khamis bagi hari jumaat pula 1430 hingga 1830 petang. Persekitaran sekolah juga lengkap dengan padang sekolah yang luas. Selain itu, berhampiran sekolah juga turut disediakan jejantas untuk para murid menyeberangi jalan utama Kampung ini. 






SEKOLAH RENDAH AGAMA

Di  samping itu, terdapat juga sekolah rendah agama dibina di Kampung Bukit Changgang ini. Sekolah ini mendapat seliaan daripada pihak JAIS. Sekolah ini khusus untuk pengajian asas agama untuk kanak-kanak 7 tahun 12 tahun dan mempunyai penilaian akhir yang dipanggil PSRA. Antara subjek yang diajar adalah seperti tajwid, bahasa arab, feqah, imlak dan sebagainya. waktu persekolahan pula ialah bermula pada jam 1430 hingga 1830 petang bagi sesi petang manakala bagi sesi pagi pula 0730 hingga 1150 pagi. Selain itu, yang menariknya kedua-dua sekolah ini menghadap  ataua bersebelahan antara satu sama lain. Menarik bukan...






















































Kampung Bukit Changgang

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment