HOMESTAY UTEH
Homestay Uteh adalah bertempat di 1957 (C), Jalan Berlian Kiri, Batu 36, Kg Bukit Changgang.
Antara kemudahan kelengkapan perabot yang lengkap disediakan di dalam rumah:
Ruangan Rumah
# 3 bilik tidur berkatil, 2 tandas
# 1 ruang tamu yang luas
# 1 ruang meja makan / kerja
# 1 ruang dapur basah & kering
# 1 ruang ampaian baju basah & kering
Ruangan Rumah
# 3 bilik tidur berkatil, 2 tandas
# 1 ruang tamu yang luas
# 1 ruang meja makan / kerja
# 1 ruang dapur basah & kering
# 1 ruang ampaian baju basah & kering
Oleh itu, para pengunjung yang tinggal di Homestay Uteh dapat menikmati kemudahan yang ada dan pastinya selesa sekirang tinggal disini :)
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA BUKIT CHANGGANG
Sekolah merupakan salah satu faktor yang menjadi keutamaan kepada setiap orang terutama bagi golongan ibubapa yang ingin melakukan penghijrahan ditempat baru. Di Kampung Bukit Changgang ini, terdapat sekolah rendah kebangsaan yang merupakan sekolah yang telah lama terbina, sekolah kampung ini juga tersedia dalam persekitaran yang selamat dan lengkap. selain itu, setiap infrastruktur yang ada juga menepati spesifikasi dan masih lagi baru sebagai contoh kantin, bangunan makmal dan sebagainya. Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada jam 0730 pagi sehingga 1305 dari isnin hingga khamis bagi sesi pagi dan pada hari jumaat 0730 pagi hingga 1150 pagi. Manakala, bagi sesi petang pula ialah 1320 petang sehingga 1830 petang isnin hingga khamis bagi hari jumaat pula 1430 hingga 1830 petang. Persekitaran sekolah juga lengkap dengan padang sekolah yang luas. Selain itu, berhampiran sekolah juga turut disediakan jejantas untuk para murid menyeberangi jalan utama Kampung ini.
SEKOLAH RENDAH AGAMA
Di samping itu, terdapat juga sekolah rendah agama dibina di Kampung Bukit Changgang ini. Sekolah ini mendapat seliaan daripada pihak JAIS. Sekolah ini khusus untuk pengajian asas agama untuk kanak-kanak 7 tahun 12 tahun dan mempunyai penilaian akhir yang dipanggil PSRA. Antara subjek yang diajar adalah seperti tajwid, bahasa arab, feqah, imlak dan sebagainya. waktu persekolahan pula ialah bermula pada jam 1430 hingga 1830 petang bagi sesi petang manakala bagi sesi pagi pula 0730 hingga 1150 pagi. Selain itu, yang menariknya kedua-dua sekolah ini menghadap ataua bersebelahan antara satu sama lain. Menarik bukan...
TAMAN SERI CHANGGANG 2
Bukit Changgang adalah satu tempat yang
dikatakan "centre" atau pusat bagi lokasi popular serta penting
dengan kilang-kilang, pentadbiran, dan sebagainya iaitu seperti putrajaya,
klia, banting, dan lain-lain. kawasan sememangnya membekalkan banyak peluang pekerjaan
dan hal ini ternyata dengan ramainya penghijrah luar yang bekerja seperti di
klia mengambil keputusan untuk tinggal disini disebabkan sukar untuk
mendapatkan rumah sewa yang berpatutan dan hal ini seterusnya menjadikan
kampung ini amat sesuai serta menjadi pilihan kebanyakkan penduduk baru di
kampung ini yang rata-rata menyatakan kos sewa rumah yang lebih rendah.
buktinya kini banyak tanah penduduk kampung yang dijadikan tapak untuk kawasan
perumahan. Konsep perumahan juga seiring dengan kemajuan atau bentuk yang ada dibandar iaitu menggunakan konsep yang terkini dan moden.
Klip video diatas menunjukkan kawasan perumahan taman seri changgang 2 secara ringkas.
Taman permainan yang lengkap turut tersedia di kawasan perumahan tersebut