SEJARAH KAMPUNG BUKIT CHANGGANG

by 21:55 0 comments

( BUH GAMBAR BUKIT CHANGGANG )


ASAL USUL

Bukit Changgang merupakan sebuah kampung yang terletak di Banting,Selangor. Nama Kampung Bukit Changgang berasal dari nama pokok buah chenggang yang banyak di atas bukit. Pada awalnya, penduduk telah menamakanya sebagai Bukit Chenggang tetapi kemudian ditukar kepada Bukit Changgang.

Pada tahun 1972, Rancangan Tanah Pemuda telah di buka oleh Pejabat Daerah Kuala Langat yang menempatkan 200 belia dari Daerah Kuala Langat dan diberi nama Kampung Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang. Para belia ini diberi kursus di Kem Belia Dusun Tua selama 3 bulan. Pembukaaan Rancangan Tanah Belia bermula apabila satu usul yang diajukan oleh Persatuan Belia 4B Daerah Kuala Langat ke pada pengetahuaan Kerajaan Negeri Selangor. Tindakan tersebut mendapat persetujuan serta diluluskan pada tahun 1970. Pada tahun 1971, sebahagian belia telah ditemuduga untuk mengikuti latihan sebagai peneroka selama 3 bulan di Pusat Latihan Asas, Dusun Tua Hulu Langat  dah hasilnya seramai 200 orang belia terpilih yang mana membawa pecahan 150 Belia Melayu, 25 Belia Cina dan 25 Belia India. Setelah tamat latihan (29 Disember 1972 hingga 14 April 1973) hanya seramai 150 belia sahaja yang sanggup menjalani kehidupan baru sebagai peneroka.


Belia duduk berkhemah dan berulang alik menyeberangi Sungai Langat bagi menyiapkan 4 buah rumah panjang untuk dijadikan tempat berteduh dari panas dan hujan. Rumah panjang tersebut siap dibina pada 10 Julai 1973. Pada tarikh 15 Julai 1973 seramai 50 peserta Belia dipanggil untuk mencukupkan jumlah peserta belia seramai 200 orang, tapi hasilnya hanya 33 orang sahaja yang hadir. Para peserta diberi 5 ekar tanah untuk diusahakan dan segala peralatan seperti kapak, parang, cangkul, gergaji mesin dibekalkan oleh pihak kerajaan. Kursus ini bagi mendedahkan para belia kepada pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan aktiviti penanaman dan penebangan. Justeru, para belia telah melakukan aktiviti penebangan dengan sendiri di mana tanah-tanah  yang ada digunakan bagi menanam kelapa sawit dan tanaman lain. Pada tahun 1985, Rumah Murah Kampungg Bukit Changgang telah dibuka oleh Kerajaan Negeri dan telah menempatkan seramai 350 unit rumah murah yang di namakan Taman Changgang Jaya.

Kampung Bukit Changgang turut dikenali sebagai salah sebuah kampung yang menarik kerana terletak berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik seperti Bukit Tadom, Putrajaya, Bandar Cyber Jaya dan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).  



Kampung Bukit Changgang

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment