TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN MENARIK BERDEKATAN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG

by 20:49 0 comments


ANTARA TEMPAT-TEMPAT TARIKAN PELANCONG YANG BERDEKATAN DENGAN KAMPUNG BUKIT CHANGGANG


PAYA INDAH WETLANDS, DENGKIL






Paya Indah merupakan sebuah kawasan rekreasi berpaya yang mempunyai pelbagai jenis yang kawasan yang menyediakan aktiviti beriadah yang bertemakan eko-pelancongan, Lokasi Paya Indah hanya terletak pada kira-kira 1 kilometer dari kawasan kajian kami iaitu Kampung Bukit Changgang. Antara tarikan utama adalah persekitaran yang masih lagi hijau dan mempunyai pelbagai jenis pokok-pokok yang menghiasi sekeliling kawasan ini. Paya Indah terkenal dengan kolam buaya yang menempatkan kira-kira 15 ekor buaya tembaga yang mendapat penjagaan daripada pihak PERHILITAN. Selain itu, terdapat juga kawasan pondok yang lengkap dengan tempat untuk barbeku bersama keluarga. Terdapat juga tempat serta basikal khas disediakan untuk berbasikal dengan kadar sewa yang berpatutan disekitar kawasan Paya Indah Wetland.






MENARA TINJAU

Gambar diatas menunjukkan sebuah menara tinjau yang dibuka kepada orang ramai untuk melihat kawasan sekitar Paya Indah Wetlands dan sekitarnya dari sudut pandangan pada ketinggian kira 4 tingkat bangunan. pemandangan yang disediakan cukup menakjubkan dan sangat menarik untuk dikunjungi.






BERKELAH SECARA SANTAI

Disebabkan oleh terdapat banyak pokok-pokok rendang dan kawasan rumput yang terbentang luas, tidak hairan jika anda melihat ramai orang berkelah dengan membentangkan tikar dengan membawa makanan sendiri bersama-sama keluarga. Bilangan ini bertambah dengan tibanya waktu puncak seperti hujung minggu. Hasil temubual santai yang dilakukan kebanyakkkan dari mereka berasal dari bandar-bandar yang memilih untuk lari seketika dari kesibukkan aktiviti harian mereka tambahan pula, dengan jarak yang sangat ideal iaitu kira 35 kilometer dari Ibu Kota.





Terdapat juga kawasan-kawasan khas yang disediakan adalah sesuai untuk para keluarga bersantai dan berehat di waktu senggang. Ahli keluarga boleh bergambar antara satu sama lain kerana suasana dan pemandangan yang ada sangat menyenangkan. Disediakan meja dan kerusi taman untuk keluarga berkelah dan bersantai.








KOLAM PAYA HABITAT BUAYA TEMBAGA



TASIK BUAYA 
Tasik buaya merupakan antara tempat tarikan yang ada di Paya Indah Wetlands. Waktu memberi buaya-buaya itu makan kira-kira pada jam 11.00 pagi. Terdapat pegawai Perhilitan yang bertugas di situ dan berperanan memberikan penerangan kepada pengunjung yang datang. Berdasarkan kata-kata petugas tersebut, terdapat 38 ekor buaya tembaga di kolam tersebut pada masa ini.15 ekor darinya disumbangkan oleh Taman Buaya di Langkawi. Terdapat 2 spesis buaya di Malaysia iaitu Buaya Tembaga dan Buaya Julung-Julung.Buaya Tembaga di PIW ini sudah terbiasa dengan tiupan wisel untuk memanggilnya bagi tujuan memberi makanan.Apabila wisel ditiup, berpusu-pusu buaya-buaya datang menghampiri tebing kolam dan petugas pun mencampakkan ayam-ayam mati sebagai makanan buaya-buaya tersebut. Anda akan merasai pengalaman ini jika anda berkunjung ke sini! :) 







PONDOK UNTUK REAKRASI YANG ADA DI FAMILY PARK




Terdapat chalet atau pun kediaman yang selesa bagi pengunjung yang ingin menginap dan bermalam di sini.  Ianya berharga sekitar RM120 semalam.  Luaran bentuk chaletnya sangat cantik dan kelihatan sangat selesa untuk didiami.




TAMAN AGROTEKNOLOGI BUKIT CHANGGANG









































Kampung Bukit Changgang

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment