by 10:12 0 comments






ANTARA KEMUDAHAN YANG TERSEDIA DI KAMPUNG BUKIT CHANGGANG






Masjid ini diberi nama Masjid Ass-Sobirin, merupakan salah satu prasarana yang terdapat di kampung ini, masjid ini mempunyai keluasan tapak yang besar dan turut lengkap dengan sekolah aliran agama yang terbina sama dengan masjid tersebut. Masjid tersebut mempunyai organisasi yang cemerlang dimana, mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pergaulan masyarakat setempat iaitu aktiviti seperti ceramah agama, program bersunat beramai-ramai, sambutan hari keluarga dan sebagainya. aktiviti ini juga bertepatan dengan majorirti penduduk di kampung yang berketurunan melayu dan beragama islam. Menurut cerita penduduk juga, disebabkan lokasi masjid yang berdekatan dengan jalan utama ke tempat-tempat utama seperti KLIA, Putrajaya, Banting, Dengkil dan sebagainya, ramai orang yang berminat bersinggah untuk menunaikan solat dan juga berehat seketika. Ini juga menyebabkan ramai orang luar yang berminat untuk menyertai program dan seterusnya menjadikan kampung ini menjadi lebih dikenali dan menarik untuk dikunjungi. 




DEWAN ORANG RAMAI

Gambar diatas menunjukkan sebuah Dewan Orang Ramai Serbaguna yang ada di kampung Bukit Changgang. Dewan ini digunakan untuk pelbagai majlis keramaian seperti majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk. selain itu, Dewan ini juga tempat mengadakan majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri melalui Adun setempat seperti majlis Hari Wanita, Hari Keluarga dan sebagainya. Dewan juga berfungsi sebagai tempat untuk bermain Badminton dimana terdapat juga gelanggang badminton yang lengkap.




GELANGGANG FUTSAL

Gelanggang futsal diatas merupakan salah satu kemudahan yang baru wujud di kampung Bukit Changgang ianya adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh persatuan belia yang mendapat sumbangan daripada Kementerian Belia Dan Sukan. Gelanggang ini merupakan tempat yang menjadi pilihan kepada kebanyakkan remaja di kampung ini, mereka akan berkumpul pada waktu petang sehingga malam untuk bermain futsal. Tempat ini juga turut terbina dengan infrastruktur sebuah futsal yang lengkap dan moden contoh dari segi lantai getah futsal tersebut.



HOMESTAY D'SAKINAH

Homestay D'Sakinah yang terletak di Lot 1953, Batu 36, Jalan Banting-Dengkil, Kg. Bkt. Changgang, 42700 Banting turut disediakan kepada para pelancong yang datang dari jauh. Homestay ini turut terletak berdekatan dengan KLIA, LCCT, Putrajaya and Cyberjaya. Homestay tersebut menempatkan tiga buah bilik yang berhawa dingin, dua bilik air dan lengkap dengan alatan perabot di ruang tamu. Homestay ini sangat selesa untuk didiami oleh ahli keluarga. Homestay ini juga mempunyai persekitaran yang selamat dan terjamin disebabkan oleh kawasan kejiranan perkampungan yang mesra dan selamat dari segi keselamatan. kawasan ini juga lengkap dengan kemudahan asas seperti kedai serbaneka, masjid, kedai dobi, salon kecantikan.







Kampung Bukit Changgang

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment